Jenama Terkemuka Padini Holdings Berhad

VINCCI

Jenama yang paling terkenal dari label Padini. Jenama untuk kasut ini memberi tumpuan kepada penggayaan dan kemampuan. Kebanyakan kasut dari label ini dibuat dari bahan sintetik. Ia juga menjual jam tangan, kacamata hitam, beg tangan PVC dan aksesori manik.

MIKI

Jenama ini terbahagi kepada dua label iaitu MIKI Kids dan MIKI Maternity. MIKI Kids direka bentuk untuk kanak-kanak manakala MIKI Maternity pula adalah untuk bakal ibu yang hendak bergaya. Antara bahan yang digunakan adalah polyester spandex, poly rayon spandex, cotton poplin dan cotton nylon.

SEED

SEED memberi tumpuan kepada pakaian ke pejabat untuk orang ramai. Harganya juga berpatutan dan berpandangan ke hadapan. Pakaian di bawah label ini biasanya merangkumi jaket, kot, sut, seluar pejabat dan knee-length skirts.

Padini Authentics

Jenama ini memberi tumpuan kepada pakaian kasual yang berkualiti. Ia menyasarkan pasaran segmen remaja. Ia menjual pullovers, jaket, baju, denims, khakis dan knitwear (pakaian rajut).